Tuesday 31 January 2012

Tugasan

Tugasan 1:  Menilai dan memberi komen terhadap blog-
                       blog yang dibina oleh pihak sekolah
                                                                  



 

Senarai blog yang telah dicari secara rawak (5 buah sekolah) ;
1.                  http://cbn1-excellent.blogspot.com/
2.                  http://skkg2u.blogspot.com/
3.                  http://www.skbl-skbasialama.blogspot.com/
4.                  http://pengawasskkm.blogspot.com/
5.                  http://sksv.blogspot.com/


Ulasan :  

Daripada pemerhatian yang dibuat, blog yang dibina oleh Sekolah Kebangsaan Convent, Bukit Nanas, Kuala Lumpur merupakan yang terbaik dari lima buah blog yang dipilih. Antara kelebihan dan keistimewaan blog ini adalah seperti berikut;

1. Paparan dan warna yang tidak berwarna-warni yang boleh
    mengganggu mata.
2. Tulisan yang mudah untuk dibaca.
3. Tidak mempunyai gadget-gadget yang tidak perlu seperti
    music box dan seumpamanya.
4. Memaparkan maklumat-maklumat yang penting dan amat
    berguna untuk guru-guru, ibu bapa dan murid-murid seperti
    maklumat Guru Kelas, Jadual-jadual program tertentu dan
    lain-lain lagi yang diperlukan oleh semua pihak.
5. Membuat rangkaian (link) dengan blog-blog dan lain-lain
    laman sesawang yang menyalurkan info-info dan aktiviti-
    aktiviti yang sangat bermanfaat kepada semua.
6. Maklumat yang dipaparkan adalah terkini dan sentiasa diselia
    dan kemaskini.
7. Memaparkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
    oleh pihak sekolah.
8. Memaparkan visi dan misi sekolah untuk makluman umum.
9. Memaparkan peta kedudukan sekolah untuk panduan umum.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kekurangan yang boleh dibuat penambahbaikan bagi menjadikan blog ini lebih menarik. Antaranya adalah seperti berikut ;

1. Sebahagian warna tulisan seperti yang terdapat pada visi,
    misi dan senarai nama guru di sebelah kiri blog kurang jelas
    dan tidak sesuai. Sebaiknya, warna yang gelap
    seperti hitam digunakan supaya paparan menjadi lebih jelas.
2. Pemilihan bentuk tulisan yang berbagai ragam, saiz dan
    bentuk mencacatkan sedikit kepada pandangan mata.
3. Bentuk penyusunan/ grafik yang agak kurang teratur.

Namun secara keseluruhannya, blog yang dibina oleh pihak sekolah ini boleh dianggap baik kerana mempunyai info dan maklumat yang amat diperlukan khususnya oleh warga sekolah dan juga ibu bapa murid. Cuma, dengan membuat sedikit penambahbaikan, blog ini akan menjadi lebih menarik.

Antara ciri-ciri Blog yang baik ;

1. Blog Tidak Berwarna Mencucuk Mata.
2. Tulisan Mudah Dibaca
3. Tidak Mempunyai Music Box dan gambar-gambar yang tidak
    penting.
4. Menarik. Teratur. Mudah.
5. Maklumat yang bermanfaat untuk dikongsi.
6. Sentiasa dikemaskini.
7. Sesuai untuk semua peringkat umur (tidak ekstrim dan
    sebagainya).


Tugasan 2:  Menilai dan memberi komen terhadap Laman
                       Web/ Portal yang dibina oleh pihak sekolah


Senarai Laman Web/ Portal yang telah dicari secara rawak
 (5 buah sekolah) dari sumber internet ;

http://skmahkotasari.net/portal/                                                                           www.sksriadikaraja.edu.ms/ 
Ulasan :

Daripada pemerhatian kesemua Laman Web/ Portal yang dipilih, Laman Web/ Portal Sekolah Kebangsaan Bongor, Gerik, Perak merupakan yang terbaik dan amat menarik.
Antara kelebihan Laman Web/ Portal ini adalah seperti berikut;

1.        Penyusunan grafik yang amat menarik dan tersusun rapi
           dan kemas.
2.        Penyediaan sub-sub page yang dilakukan dengan baik
           dan terurus.
3.        Memaparkan maklumat-maklumat penting, terkini dan
           dikemaskini dari masa ke semasa.
4.        Memaparkan paparan yang padat dengan berita-berita
           peristiwa yang berlaku di sekolah dan dalam organisasi.
5.        Memaparkan visual-visual yang menarik.
6.        Memberi info-info yang berguna k epada pengunjung.
7.        Maklumat yang membantu khususnya kepada warga
           sekolah dan pihak-pihak yang berkenaan.
8.        Menyediakan shout box dan emel untuk perbincangan,
           pandangan dan komunikasi dua hala.
9.        Membuat rangkaian ke Laman-laman yang penting dan
           berguna kepada pelawat.
10.      Pelawat mudah melayari tanpa masalah gangguan   
           disebabkan bahan visual yang berat.
11.      Tiada gimik-gimik atau widget-widget yang tidak perlu
           mengganggu kelancaran melayari portal ini.

Secara keseluruhannya laman web atau portal ini dibina dengan begitu baik sekali. Boleh dikatakan tiada cacat cela yang diketemui yang mengurangkan kehebatan pereka dan mereka yang menguruskannya. Jelas sekali, melalui perancangan yang teliti, idea yang kreatif dan kemahiran yang tinggi, laman web atau portal yang hebat akan dapat dibina dan membantu menarik minat pengunjung dan pelawat untuk melayari laman web atau portal seperti ini. Lebih mengujakan lagi, apabila diwarwarkan kepada seluruh warganya khususnya kepada murid-murid, ini akan membantu meningkatkan mereka menguasai bidang ict dengan lebih baik lagi.


Ciri-ciri Laman Web/ Portal yang baik;

1. Muat Turun Laman Yang Pantas
2. Laman Pengenalan Yang Membazir
3. Buang GIMIK Yang Mengganggu
4. Kandungan Tepat dan Padat
5. Kordinasi Reka Bentuk Berlainan
6. Mudah Untuk Dilayari
7. Pastikan Laman Anda Siap


Flow Chart Laman Web